Make your own free website on Tripod.com

 

   
   

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam adalah mengikut urutan peristiwa yang berikut:

 

 
     
 

1952

   
 

Para penduduk dari Kampung Lubuk Nibong dan Kampung simpang Empat telah berpindah ke penempatan baru di Hulu Bernam yang dinamakan Kampung Baru A dan Kampung Baru B. Urutan dari perpindahan itu, Sekolah Melayu Lubuk Nibong beserta Guru Besarnya, Cikgu Abd. Manan bin Mohd Ali juga telah berpindah ke Hulu Bernam.

 
     
 

1953

   
 

Kerajaan British telah mendirikan Sekolah Melayu Hulu Bernam yang mana prasarananya terdiri daripada 6 buah bilik darjah. Bangunan sekolah diperbuat daripada kayu dan berlantaikan simen. Dinding-dinding kayunya pula sebagaimana pada masa itu disapu dengan minyak hitam.

 
     
 

1954

   
 

Sekolah Hulu Bernam dengan rasminya telah dibuka oleh Sultan Selangor pada masa itu. Guru Besar menjalankan tugas  dengan dibantu oleh Penolong Kanan, Cikgu Rohani Muhammad dan 4 orang guru pelatih SITC Tanjong Malim. Bilangan murid pada masa itu hanyalah seramai 26 orang dari darjah 1 hingga 4. Akan tetapi murid-murid darjah 5 dan 6 bersekolah di sekolah latihan SITC Tanjong Malim.

 
     
  1967    
  Bangunan lama sekolah telah mula dirobohkan oleh JKR bagi membuka ruang untuk didirikan bangunan baru yang lebih luas dan selesa.  
     
  6 Mac 1969    
  Bangunan baru yang telah siap dibina, telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Harun bin Idris, Menteri Besar Selangor pada masa itu.  
     
  1987    
  Sekali lagi sekolah mendapat peruntukan bagi mendirikan bangunan baru yang mempunyai 8 bilik darjah.  
     
  1991    
  Pra sekolah telah mula didirikan.  
     
  1996    
  Jawatan Guru Besar pada masa ini telah mula disandang oleh Encik. Zainal Abidin bin Monil dengan dibantu oleh Puan Hajah Maziah (PK1), Puan Mizan Dahan (KK), Encik Pek Keng Bing (HEM), 18 orang guru dan jumlah murid pada ketika itu adalah 461 orang.  
     
  2002    
  Sekolah telah mendapat peruntukan bangunan baru 4 tingkat, pejabat, bilik guru, makmal komputer, makmal sains dan bilik mesyuarat.  
     
  2003    
  Pra sekolah telah ditambah dan Kelas Pendidikan Khas mula dibuka.  
     
  1 Mac 2003    
  Bangunan baru telah mula digunakan.  

muka utama